Friday, July 26, 2013

hasilnye !!!!

dgn hrpn n smgt brkoba2...scene demi scene aq ajk dyrg wt tok siapkan final projek ktrg...mule2 aq rse cm tk sbr gle nk siapkan vid citer peanut ni...tp kecewa glie bb ktrg nye timing slalu brtmbung n ade je mslh misunderstanding time acting...kdg2 aq pn jd binggung bb aq pngrh,aq leader,aq directer tok grp aq tp ape yg aq ckp sume dak grp aq bntah...n fine lh an mirul ngn achik mmg lg pwer aditing..so,aq yg tkde cmre pwer n mse byk n kmhrin yg teramt dlm bab2 editing ni follow jelh ckp dyrg ngn hrpn short film aq berhasil dgn jayanye...hkiktnye sume tu hampeh n mnykitkan aty je...nk ekot ckp dyrg je smpai aq kne ponteng klas mrketng...at the end movie tu hntr dlm keadaan tk siap..perh,effect mrkh aq kot..stressnye aq ngn dyrg ni...npe lh sem 2 ni aq slalu dpt dak grp yg ley wt aq jd gile...ape yg susa cgt nk wt kje sesame beb..krg pikir krgnye rest n enjoy je...nsib ade eina..ade gk yg tlg aq wt kje smpai bengkk mte tk tido...hopefully next sem prmhonan aq tok tkr klas dterime...tlglh..aq rse cm nk gile da dok klas tu...








Wednesday, May 29, 2013

Peanut

Bismillahhirrahmanirrahim....

Sinopsis peanut...
Terdapat dua orang sahabat baik,sama cantiknya,sama hobinya,tetapi berbeza pemakaiannya dan perwatakannya.Tetapi itu semua tidak menjadi penghalang pada persahabatan mereka dan hobi mereka yang sangat rajin mengimarahkan surau di universiti tempat dimana mereka menggali ilmu.Oleh yang demikian pihak Universiti kuning langsat telah melantik mereka sebagai jawatankuasa tertinggi surau muslimah.tugasan dan amanah giat dilaksanakan.usaha demi usaha telah dilaksanankan bagi menarik minat ukhti-ukhti yang lain sama-sama memeriahkan surau kerana sebulan kemudian pihak universiti akan mengadakan sebuah talk yang akan dihadiri oleh penceramah luar tetapi malangnya usaha mereka berdakwah hanya di anggap bagai angin lalu oleh sahabat seperjuangannya langsung tiada kesan yang positif.Mereka berasa sangat susah hati,sehinggalah Irtisya berkenalan dengan seorang lelaki yang bernama azzad.Semenjak hari itu,Irtisya tidak lagi menjejakan kakinya ke surau.dia lebih banyak menghabiskan masanya bersama azzad dan laptop kesayanganya.Amanda berasa sungguh terkilan dan sedih melihat perubahan drastik yang berlaku dalam diri sahabat baiknya itu.Irtisya cuba untuk mencari Amanda yang kini kian susah untuk dicari kerana Amanda melenyapkan dirinya dari Irtisya.Dia sentiasa mengelak dari berjumpa atau terserempak dengan Irtisya atau Azzad.Tempoh Talk yang akan diadakan pihak Universiti sudah kian menghampir.Seminggu sahaja lagi."Ya Allah,apa yang patut aku lakukan"Monolog hati Amanda.Dengan langah yang lesu dan tidak bermaya,Amanda menggagahkan jua dirinya untuk berjumpa dengan Irtisya.(Di bilik Irtisya)"Eh,Amanda.dah lama aku cari kau,Aku ada sesuatu nak cerita ni."(Dengan wajah yang penuh semangat dan ceria)"Kau tahu tak,Azzad tu kan...."Kata-kata Irtisya dimatikan dengan tengkingan Amanda."Engkau ni kan boleh tak jangan sebut nama jantan tu lagi!kau tahu tak yang engkau ni dah lupa amanah,dah jauh dari Allah.Irtisya sedarlah diri tu sikit.Takpelah seminggu je lagi.Tolongla cari penyelesaian tuk masalah kita.Sudah-sudahla tu dengan Azzad""Amanda,dengarla dulu..Azzad dah buat...""Irtisya!!!!!cukuplaaaaa"pap....pintu bilik dihempas Amanda."Amanda,kalau la kau tahu apa yang aku dan Azzad sedang rancangkan....hmmmm"(dengus Irtisya)..arggghhhh...relax...relax...be strong k..inaAllahmangana...setibanya,hari yang dinantikan."Alhamdulillah...ramainya sahabat yang hdir.."Irtisya,tahniah best la talk ustaz don danial ni"ramai rakan-rakan yang menghulurkan salam serta lafaz tahniah dengan rasa puas kepada Irtisya.Di tepi sudut Amanda memerhati Irtisya dengan rasa bengang.."Amanda..Amanda..sini lah..kenapa duduk sana.."seru Irtisya.."Irtisya kau bukan kawan aku lagi kenapa mesti kau yang dihargai..selama penat lelah aku..kau hanya dengan Azzad je.."Tengking Amanda."Amanda,sebenarnya selama ni Azzad yang banyak bantu aku untuk tarik ramai sahabat-sahabat kita ke majlis ceramah Ustaz Don Danial..Kau dah salah faham Amanda."kata Irtisya dengan lembutnya."Irtisya,Saya minta maaf..selama ini saya banyak buruk sangka dengan Azzad dan awak..kita kawan eh.."kata Amanda kepada Irtisya dengan rasa penuh syahdu..Mereka berpelukan gembira.

Saturday, May 18, 2013

imam hassan al banna



Sempena assaigment aq yg byk gle ni...
aq terpanggil tok catit smthng at cni tok peringatan diri sendiri khususnye....
tengs ustazah hafizah bb bg assgment ni...klu tk msti aq tk byk tahu sal tokoh islam ni...alhamdulillah..



ini adalah wasiat beliau..


1- Jika terdengar azan,maka segeralah bangun untuk menunaikan solat berjemaah walaubagaimana sekalipun keadaan seseorang itu.
2- Perbanyakkan bacaan al-Quran,selalu membuka kitab2 untuk menambah ilmu,pergi ke majlis2 Ilmu,perbanyakkan zikrullah dan jangan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan faedah.
3- Berusaha untuk bertutur dalam bahasa Arab yang Fushah kerana Bahasa Arab yang betul (Fushah) adalah lambang(syiar) Islam.
4- Janganlah bertengkar walau dalam apa jua keadaan sekalipun kerana pertengkaranyang kosong tidak mendatangkan apa-apa faedah.
5- Janganlah terlalu banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa sahaja akan tenteram dan tenang.
6- Janganlah terlalu banyak bergurau kerana orang islam yang sedang berjuang itu tidak mengerti erti bergurau melainkan bersungguh2 dalam setiap perkara.
7- Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8- Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9- Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10- Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Tuesday, March 26, 2013

Wasiat Abah



"Kamu semua ni nak masuk neraka ke? tegas Abang Din. " Alah, mentang-mentang la anak kesayangan abah, ingat kau ketua Din? balas Kak Lin. 

Suasana menjadi amat tegang. Ketika itu berlinang air mata abah mendengar anak-anaknya berebut harta pusakanya. "Korang ingat aku nak sangat harta abah ni?, korang nak,korang ambil semua, aku tak heran,?? Abang Din bersuara dengan tegas. Kak Lin, Angah, dan Wan terpaku mendengar kata-kata Abang Din. 

Abang Din merupakan anak kedua dari empat adik-beradik. Kak Lin, Abang Din, Angah dan Wan. Setelah kematian emak, Abang Din yang banyak berhempas-pulas bagi membiayai kos perubatan abah dan yuran pengajian Wan. Abang Din melakukan kerja-kerja kampung seperti mengambil upah memetik kelapa, membersih ladang dan sebagainya. Kak Lin bekerja sebagai akauntan di ibu kota, Kuala Lumpur. Semenjak berkahwin, Kak Lin jarang sekali pulang ke rumah dengan alasan sibuk bekerja. Angah pula seorang mekanik di Puchong, Selangor. Sejak akhir-akhir ini, Angah selalu mengalami masalah kewangan. Wan pula masih menuntut di Universiti. 

"Din, jangan bergaduh.. biarkan saja mereka..,?' kata abah dengan teresak-esak. Abah begitu enggan untuk ke hospital. Penyakit diabetes mellitus yang dihadapinya sekian lama semakin parah. "Bah.. mari la pergi hospital, nanti makin teruk sakit abah tu,?? Abang Din memujuk abah." Yang Abang Din ni beria-ia nak hantar abah ke hospital ni apa hal?,?? Angah mencelah. "Kau Angah, kalau selagi abah tak mati memang kau tak senang,?? Abang Din membalas. Sekali lagi air mata abah mengalir. "Sudah-sudah, hantar abah ke hospital, tak sanggup aku tengak korang ni,?? kata abah dengan perlahan. 

"Encik Din, keadaan ayah Encik Din ni amat tenat, kami cuba sedaya-upaya, yang lain kita berserah kepada Allah Ta'ala,?? ujar doktor. "Ha! tengok la Din, semenjak abah dimasukkan ke hospital, keadaan abah makin teruk, suka la kau kan, nanti boleh bolot semua harta abah,?? kata Kak Lin. Abg Din menangis, terus meninggalkan Kak Lin dan Angah. "Sabar la Abang Din, kak Lin dengan Angah memang macam tu, dari kecil lagi,?? pujuk Wan. "Mujur ada kau Wan, kalau tidak, memang Abang Din patah hati,?? ujar Abang Din. 

Selang beberapa hari selepas itu, abah dikatakan berada di tahap kritikal. Doktor meminta semua ahli keluarga berkumpul. Kak Lin dan Angah segera pulang. Kebetulan Wan ketika itu sedang cuti semester. "Abah tenat ni," kata Wan. " Ni Abang Din kau lah punya pasal," balas Kak Lin. Tidak lama sesudah itu dari jauh kelihatan Abang Din berpakaian lusuh berjalan ke katil abah. Abang Din hampiri abah. Nafas abah tersekat-sekat seperti ingin meluahkan sesuatu. Tangan abah menunjukkan isyarat menulis. "Abah nak tulis wasiat tu,?? celah Angah. Wan segera memberi sekeping kertas putih dan sebatang pen kepada abah. 

Suasana sungguh sayu ketika itu. Wan menangis teresak-esak. Selesai menulis, abah melipat kertas itu dan meletakkan di tangan Abang Din. Kemudian abah menghembus nafas terakhir. Abang Din menyeluk tangannya ke dalam poket seluarnya menyimpan wasiat abah. " Ha! Abang Din tunggu apa, bacalah cepat,!?? desak Angah. Abang Din hanya mendiamkn diri. 

Selepas majlis pengebumian abah, semua berkumpul untuk mendengar wasiat abah. "Apa yang abah wasiatkan ni muktamad jangan nak membantah,?? sayu suara Abang Din. Tanpa berlengah, Abang Din mengeluarkan kertas putih dan segera membacanya. Pada akhir wasiat abah, abah menulis, " Din...kau pijak wayar oksigen aku....." 

Dihantar oleh: hafizan91