Wednesday, May 29, 2013

Peanut

Bismillahhirrahmanirrahim....

Sinopsis peanut...
Terdapat dua orang sahabat baik,sama cantiknya,sama hobinya,tetapi berbeza pemakaiannya dan perwatakannya.Tetapi itu semua tidak menjadi penghalang pada persahabatan mereka dan hobi mereka yang sangat rajin mengimarahkan surau di universiti tempat dimana mereka menggali ilmu.Oleh yang demikian pihak Universiti kuning langsat telah melantik mereka sebagai jawatankuasa tertinggi surau muslimah.tugasan dan amanah giat dilaksanakan.usaha demi usaha telah dilaksanankan bagi menarik minat ukhti-ukhti yang lain sama-sama memeriahkan surau kerana sebulan kemudian pihak universiti akan mengadakan sebuah talk yang akan dihadiri oleh penceramah luar tetapi malangnya usaha mereka berdakwah hanya di anggap bagai angin lalu oleh sahabat seperjuangannya langsung tiada kesan yang positif.Mereka berasa sangat susah hati,sehinggalah Irtisya berkenalan dengan seorang lelaki yang bernama azzad.Semenjak hari itu,Irtisya tidak lagi menjejakan kakinya ke surau.dia lebih banyak menghabiskan masanya bersama azzad dan laptop kesayanganya.Amanda berasa sungguh terkilan dan sedih melihat perubahan drastik yang berlaku dalam diri sahabat baiknya itu.Irtisya cuba untuk mencari Amanda yang kini kian susah untuk dicari kerana Amanda melenyapkan dirinya dari Irtisya.Dia sentiasa mengelak dari berjumpa atau terserempak dengan Irtisya atau Azzad.Tempoh Talk yang akan diadakan pihak Universiti sudah kian menghampir.Seminggu sahaja lagi."Ya Allah,apa yang patut aku lakukan"Monolog hati Amanda.Dengan langah yang lesu dan tidak bermaya,Amanda menggagahkan jua dirinya untuk berjumpa dengan Irtisya.(Di bilik Irtisya)"Eh,Amanda.dah lama aku cari kau,Aku ada sesuatu nak cerita ni."(Dengan wajah yang penuh semangat dan ceria)"Kau tahu tak,Azzad tu kan...."Kata-kata Irtisya dimatikan dengan tengkingan Amanda."Engkau ni kan boleh tak jangan sebut nama jantan tu lagi!kau tahu tak yang engkau ni dah lupa amanah,dah jauh dari Allah.Irtisya sedarlah diri tu sikit.Takpelah seminggu je lagi.Tolongla cari penyelesaian tuk masalah kita.Sudah-sudahla tu dengan Azzad""Amanda,dengarla dulu..Azzad dah buat...""Irtisya!!!!!cukuplaaaaa"pap....pintu bilik dihempas Amanda."Amanda,kalau la kau tahu apa yang aku dan Azzad sedang rancangkan....hmmmm"(dengus Irtisya)..arggghhhh...relax...relax...be strong k..inaAllahmangana...setibanya,hari yang dinantikan."Alhamdulillah...ramainya sahabat yang hdir.."Irtisya,tahniah best la talk ustaz don danial ni"ramai rakan-rakan yang menghulurkan salam serta lafaz tahniah dengan rasa puas kepada Irtisya.Di tepi sudut Amanda memerhati Irtisya dengan rasa bengang.."Amanda..Amanda..sini lah..kenapa duduk sana.."seru Irtisya.."Irtisya kau bukan kawan aku lagi kenapa mesti kau yang dihargai..selama penat lelah aku..kau hanya dengan Azzad je.."Tengking Amanda."Amanda,sebenarnya selama ni Azzad yang banyak bantu aku untuk tarik ramai sahabat-sahabat kita ke majlis ceramah Ustaz Don Danial..Kau dah salah faham Amanda."kata Irtisya dengan lembutnya."Irtisya,Saya minta maaf..selama ini saya banyak buruk sangka dengan Azzad dan awak..kita kawan eh.."kata Amanda kepada Irtisya dengan rasa penuh syahdu..Mereka berpelukan gembira.

Saturday, May 18, 2013

imam hassan al banna



Sempena assaigment aq yg byk gle ni...
aq terpanggil tok catit smthng at cni tok peringatan diri sendiri khususnye....
tengs ustazah hafizah bb bg assgment ni...klu tk msti aq tk byk tahu sal tokoh islam ni...alhamdulillah..



ini adalah wasiat beliau..


1- Jika terdengar azan,maka segeralah bangun untuk menunaikan solat berjemaah walaubagaimana sekalipun keadaan seseorang itu.
2- Perbanyakkan bacaan al-Quran,selalu membuka kitab2 untuk menambah ilmu,pergi ke majlis2 Ilmu,perbanyakkan zikrullah dan jangan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan faedah.
3- Berusaha untuk bertutur dalam bahasa Arab yang Fushah kerana Bahasa Arab yang betul (Fushah) adalah lambang(syiar) Islam.
4- Janganlah bertengkar walau dalam apa jua keadaan sekalipun kerana pertengkaranyang kosong tidak mendatangkan apa-apa faedah.
5- Janganlah terlalu banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa sahaja akan tenteram dan tenang.
6- Janganlah terlalu banyak bergurau kerana orang islam yang sedang berjuang itu tidak mengerti erti bergurau melainkan bersungguh2 dalam setiap perkara.
7- Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8- Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9- Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10- Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.